AGAK lama kita tidak mendengar cerita pelakon dan penyanyi Ifa Raziah.
Rupa-rupanya, dia baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang beberapa ketulan di kedua-dua belah payudaranya, semalam, memetik Media Hiburan.
Pembedahan selama tujuh jam itu dilakukan di Beverly Wilshire Medical Centre, Kuala Lumpur.
Laporan itu turut menyebut keadaan Ifa kini semakin beransur pulih dan dijangka akan dibenarkan pulang dalam tempoh sehari dua lagi.
Menurut suaminya, Yani, ketulan tersebut mula dikesan sejak tahun 2011 dan Ifa hanya mendapatkan rawatan biasa di hospital.
Bagaimanapun, selepas berasa sakit tanpa henti baru-baru ini, barulah dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan atas nasihat doktor pakar.Apapun, kami doakan semoga Ifa cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya sempena Ramadhan ini.
No comments
Post a Comment