AKHIRNYA, ramalan segelintir peminat mengenai pergolakan rumahtangga pelakon Abbdy Abadi, 37, dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bakal menjadi kenyataan apabila dia akan memfailkan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, esok.
Khabar itu dimaklumkan menerusi laporan mStar Online, hari ini.
Pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan ia merupakan perkahwinan kedua Abby selepas pelakon Norman Hakim.
Rumahtangga Abby dan Farhan dikatakan mula bergolak selepas pelakon itu memuatkan gambar mereka bersama dengan ‘caption’ yang meminta agar peminat mendoakan yang terbaik untuk rumahtangganya untuk kali terakhir.
Setakat ini, punca keretakan rumahtangga mereka tidaklah kami ketahui.
Namun, diharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini kerana kami yakin tidak ada siapa yang mahu rumahtangga mereka berakhir dengan perceraian.
No comments
Post a Comment