Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kebun Getah Jadi Tempat Tahi Judi Sabung Ayam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Alor Setar: Keseronokan 30 lelaki yang kemaruk berjudi sabung ayam terbantut apabila gelanggang judi haram di lokasi tersorok di kebun getah Kampung Telaga Mas di Pokok Sena, di sini, diserbu pihak berkuasa malam Ahad lalu.Serbuan sempena Op Dadu itu dilakukan jam 7.20 malam oleh sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Noor Azman Adnan hasil maklumat awam serta risikan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, ketika serbuandilakukan, semua kaki judi yang mengerumuni gelanggang bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Katanya, tindakan pantas polis menahan 11 daripada mereka berusia antara 26 hingga 63 tahun membabitkan penduduk tempatan dipercayai sering menjadikan lokasi itu sebagai ‘port’ melepaskan gian berjudi sabung ayam.

“Ketika serbuan dijalankan, semua kaki judi asyik melihat pertarungan sabung ayam masing-masing sehingga ada antara mereka tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments