Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tragedi MH370: Objek 1 Hingga 23 meter Dikesan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Kuala Lumpur: Penemuan 122 objek yang dirakam oleh satelit di selatan Lautan Hindi yang diumumkan semalam, mencerahkan peluang untuk menemui pesawat MH370 yang hilang sejak 19 hari lalu. 

Objek berukuran satu hingga 23 meter itu dirakam pada Ahad lalu oleh Airbus Defence and Space, yang berpangkalan di Perancis dan imejnya dihantar kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA), kelmarin. 


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata MRSA menganalisis imej objek berwarna cerah yang menandakan ia bahan pejal dan berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MAS yang hilang. 

Beliau berkata, ia dikesan di kawasan lautan berkeluasan 400 kilometer persegi, kira-kira 2,557 kilometer barat daya Perth, Australia. 

Keputusan analisis MRSA diserahkan kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia semalam (kelmarin), tetapi perlu saya tekankan bahawa belum dapat dipastikan semua objek itu berkaitan dengan pesawat MH370. 

Bagaimanapun, tidak dapat disangkal lagi ia memberi petunjuk baru untuk kita, katanya dalam sidang media. 
Beliau juga berkata, misi mencari dan menyelamat kini mempunyai petunjuk utama daripada empat satelit berbeza yang boleh ditakrifkan sebagai serpihan MH370. Satelit berkenaan ialah Australia, China dan Perancis. 

Ini akan membantu kita mengecilkan saiz kawasan pencarian dan seterusnya menjumpai lebih banyak serpihan, katanya. 

Hishammuddin juga mengakui semua petunjuk baru itu memberi harapan kepada misi berkenaan, termasuk keadaan cuaca yang semakin baik. 

Operasi diteruskan, apatah lagi banyak petunjuk baru diterima kebelakangan ini dan jika semua objek dikesan sahih berasal dari MH370, operasi akan diteruskan ke fasa seterusnya iaitu pencarian di laut dalam, katanya. BH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments