Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nikotin Dalam Rokok Buat Otak Bekerja Lebih Baik?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Selama ini nikotin dianggap sebagai bahan yang merosakkan kesihatan dan boleh menyebabkan ketagihan, terutama jika bahan tersebut ada dalam rokok . Namun baru - baru ini kumpulan penyelidik yang direkrut oleh syarikat rokok mengungkap bahawa nikotin boleh membuat otak bekerja lebih baik .

" Nikotin boleh membantu merangsang otak dan membuat otak lebih tenang , " ungkap penyelidik yang direkrut oleh British American Tobacco , seperti dilansir oleh Daily Mail ( 15 / 12 ) .

Namun, hasil yang kontroversi ini didakwa tidak bertanggung jawab dan hanya sebahagian dari helah syarikat rokok. Uniknya , hasil ini muncul hanya seminggu selepas penyelidik dari New York University mendedahkan bahawa rokok elektrik mengandungi lebih banyak nikotin daripada rokok biasa .

David O'Reilly , pengarah dari penyelidik tersebut mengatakan bahawa menghisap sebatang rokok atau minum secangkir kopi tak akan membahayakan . Namun dakwaan ini mendapat kecaman dari ahli kesihatan lain yang berpendapat bahawa hasil kajian tersebut hanya dijadikan alasan untuk menjual rokok sebanyak - banyaknya .

Meski begitu, seolah-olah ada penyelidik lain yang bersetuju dengan pendapat tersebut . profesor John britton dari Royal College of Physicians menjelaskan bahawa mendapat satu dos nikotin memang boleh memberikan kesan positif pada otak . Namun dia juga mengingatkan bahawa nikotin bersifat candu dan boleh membuat seorang perokok ketagih hingga otak mereka tak boleh bekerja jika tidak menghisap nikotin dalam rokok .

" Memang benar bahawa menggunakan nikotin satu kali boleh meningkatkan kepekatan , kesan ini sama dengan yang anda dapatkan dengan mengambil kafein . Namun ubat ini juga boleh membuat ketagihan , dan akan ada saatnya otak anda tak boleh bekerja tanpa nikotin , " jelasnya .

Masyarakat sebaiknya tidak menelan hasil kajian ini mentah - mentah kerana menghisap nikotin dalam rokok dalam jangka masa panjang juga boleh membuat otak tak berkesan dalam bekerja . Selain itu , jabatan kesihatan Amerika mendedahkan bahawa tabiat merokok boleh menyebabkan kematian , lebih banyak berbanding dengan kematian akibat penyakit atau kemalangan .

Sumber: merdeka.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments