Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat Remaja Perempuan Ditemui Di Kawasan Sawah !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Gambar Perhiasan

ALOR SETAR - Mayat seorang remaja perempuan di temui dalam keadaan tertiarap di kawasan sawah dekat Alor Senibong petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya memberitahu, mayat itu ditemui oleh orang awam pada pukul 3.45 petang.
"Siasatan awal pada 29 November lepas, pukul 7.30 petang mangsa berusia 14 tahun keluar dari rumahnya di Jalan Dato Kumbar bersama dua adik perempuan berusia 12 dan tiga tahun untuk berjumpa kawan di Kampung Gelam.
"Ibu mangsa yang risau membuat laporan polis pada pukul 2 pagi, 30 November dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebab kematian akan disiasat mengikut sebarang kemungkinan dengan menemubual rakan dan keluarga mangsa.
"Dua lagi adik mangsa masih hilang dan orang ramai yang menemui dua adik mangsa boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Saravanan di talian 012-4939264," tambahnya. - KOSMO!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments