Pada hari ini bila mana akaun media sosial di laman siber dimiliki
oleh kebanyakan orang, pelbagai cerita sekejap sahaja boleh tersebar.
Ia membuatkan sebarang perkara yang ingin dikongsikan dengan ramai orang menjadi mudah dan pantas.
Contohnya, sebarang ketidakpuasan hati kadangkala dikongsikan di
laman siber tanpa perlu mengikut saluran rasmi yang mungkin menghadapi
halangan birokasi.
Dari sudut positif hal ini membuatkan suara pengguna lebih mudah
didengar manakala pihak yang dibuat aduan, juga mampu memberi respon
segera untuk membersihkan nama.
Contohnya seperti aduan seorang pengguna kepada laman web
suarainsan.net yang mendakwa menemui cacing dalam salad segar yang
dibeli di sebuah restoran Pizza Hut sekitar Nilai, Negeri Sembilan pada
23 November lalu.
Berikut aduan pengguna tersebut :
Tidak pasti sejauh mana kebenaran aduan beserta bukti bergambar yang
disertakan ini tapi jika benar, harap Pizza Hut melakukan sesuatu bagi
memastikan ia tidak berulang.
Sumber: suarainsan.net
No comments
Post a Comment