BUKAN mudah bertapak dalam dunia seni, apabila segala tindak tanduk yang dilakukan pasti menjadi perhatian masyarakat.
Begitulah juga yang berlaku terhadap aktor yang sedang meningkat naik, Johan As’ari, 27, apabila hanya mengambil masa tiga hari membuat keputusan untuk memperisterikan aktres seksi, Lana Nordin, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34.
Meskipun terpaksa menerima bermacam tohmahan dan cakap-cakap orang, ia bagaimanapun tidak menggugat keputusan pelakon Juvana ini untuk menjadikan Lana sebagai suri hatinya.
“Saya harap orang tidak mempertikaikan lagi mengapa saya membuat keputusan untuk memilih Lana.
“Bagi saya, ia adalah proses kematangan saya dalam membuat keputusan. Saya sudah pun melakukan istikharah, dan selagi ia baik dan tidak salah, mengapa harus ada lagi pertikaian?
“Saya harap, masyarakat dapat menerimanya memandangkan sebelum ini saya bukanlah berkasih dengan sesiapa,” katanya yang pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah.
Dalam pada itu, Johan berkata, dia sangat gembira dengan perubahan Lana dan turut bersyukur kerana buah hatinya itu sanggup memperbaiki diri ke arah lebih baik.
“Alhamdulillah, Lana senang terima teguran. Dia sendiri berusaha untuk berubah. Pakaiannya kini lebih sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Saya juga ada menasihatinya untuk tidak lagi memakai skirt pendek dan dia dah berjanji tak akan
memakainya. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia,” katanya.
Mengulas mengenai pernikahannya, Johan yang enggan mendedahkan tarikh pernikahannya berkata, hubungan mereka masih baharu dan masih mengenali hati budi masing-masing.
“Kalau ikutkan, saya tidak mahu terburu-buru. Namun, sekiranya jodoh dalam jangka masa terdekat, saya akan terimanya, memandangkan saya juga sudah bersedia," kata Johan yang mahu terburu-buru membuat keputusan berkahwin.
Kesal dengan Shila
Meskipun gembira dengan cinta barunya itu, Johan bagaimana masih meluahkan rasa kesal apabila hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin selepas dia membuat pengakuan untuk melamar Lana.
Jelas Johan, dia terkilan di atas tindakan Shila yang menyingkirkannya dari laman sosial dan menyifatkan perbuatan itu sebagai perkara yang tidak matang.
"Semua gambar-gambar saya di Twiter, Instagramnya telah dibuang. Ia seolah-olah menggambarkan dia tidak lagi mahu menerima saya dalam hidupnya.
"Pada saya ia tidak sepatutnya berlaku kerana sejak dari awal lagi saya sudah menganggapnya sebagai adik," katanya.
Mengulas mengenai hubungan 'teman tapi mesra' yang dipamerkan mereka sebelum ini, sehingga ada yang menganggap mereka sebagai pasangan kekasih, Johan berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang agenda dalam hubungan yang terbina itu.
“Kami tak pernah bercinta. Sebelum ini, saya banyak menyokongnya dalam kerjaya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia hanyalah sahabat dan juga merangkap adik saya.
"Apa pun yang terjadi, saya akan berharap hubungan ini akan terjalin sampai bila-bila. Dan saya juga akan sentiasa mendoakan kejayaannya," katanya.
Tolak adegan ranjang
Selain kisah cintanya yang menjadi perhatian, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, turut mencetuskan kontroversi menerusi adegan ranjangnya bersama pelakon baharu, Aishah Ilias dalam filem terbarunya, ‘Paku’.
“Saya akui agak bimbang dengan babak itu. Bukan takut dihentam, cuma saya takut adegan tersebut akan disalah erti. Saya juga bimbang kerana di Malaysia apabila sentuh mengenai babak panas, ia pasti akan menjadi isu,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai babak itu, Johan berkata, aksi panas itu sebenarnya turut digarap dengan teknik kamera.
“Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana saya tidak mahu perkara ini menjadi fitnah. Lagipun saya perlu menjaga hati semua orang dan yang penting, saya perlu jaga sentimen masyarakat,” ujar Johan.
Johan berkata, dia juga sudah serik melakonkan babak seperti itu dan nekad tidak lagi menerima tawaran seperti itu.
“Saya akan lebih selektif selepas ini dan ” katanya.
Filem terbitan Nusantara Seni Karya itu bakal menemui penonton pada 12 Disember ini.

Lana berubah demi Johan?
Sementara itu, Lana yang sebelum ini mendapat jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' ini dikatakan sedang melakukan perubahan bukan kerana Johan ataupun orang lain, tetapi untuk diri sendiri.
Menurut wanita kelahiran Sarawak ini, dia turut menjelaskan buah hatinya itu tidak pernah memaksanya untuk berubah, namun dia tidak nafikan pelakon kacak itu telah banyak menyokong dan menegurnya melalui cara berpakaian.
“Pada hari pertama perkenalan, dia tegur cara pemakaian saya kerana setiap kali saya menghadiri sebarang majlis, orang pasti akan lihat pemakaian saya.
“Jadi, dia meletakkan syarat kepada saya agar tidak lagi memakai skirt. Saya hormat perkara itu dan tak pakai lagi. Dia juga tak pernah paksa saya pakai tudung. Dan saya rasa tiada masalah dengan perkara ini dan perkara yang baik seperti itu,
membolehkan saya berlatih dari sekarang,” ujar Lana.
Pelakon Gol dan Gincu ini juga berkata, andai suatu hari nanti terbuka pintu hatinya untuk berhijab, dia akan melakukannya kerana ALLAH SWT dan bukan untuk memikat hati sesiapa.
"Kenyataan berhijab itu, bukanlah datang dari saya, namun yang pasti saya akan pakai. lebih baik saya buat kerana saya nak buat sebab saya bukanlah seorang yang hipokrit," katanya.

No comments
Post a Comment