New York – Seorang penyampai televisyen
mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas
mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.
Pengacara rancangan kabel AS Watch What
Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy
Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik
persalinannya.
“Ia cerita lama tetapi memang Gaga
melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat
cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.
“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.
Cohen berkata, dia meminta pembantu
peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan
menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang
cantik.
Saya tahu, ia perbuatan yang salah
tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia
adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya.
Sementara itu, Gaga memberi amaran
kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran
jika dia cuba menyembur ke arah anda”. – Agensi
No comments
Post a Comment