Seorang guru wanita di Newport, Selatan Wales, England terpaksa meninggalkan kerjaya guru setelah perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan pelajar sendiri berusia 16 tahun, tersebar.
Clare Horton, 33, guru Sekolah Tinggi Fitzalan, Cardiff menggoda
pelajar tersebut dengan mengirim gambar seksinya di Facebook sebelum
mengajaknya datang ke rumah dan melakukan hubungan intim.
Pelajar itu yang berasa bersalah, kemudiannya melaporkan hal ini
kepada polis namun menyatakan dia tidak mahu membuat sebarang
pendakwaan.
Setelah itu kisah Clare meniduri pelajarnya mula tersebar di sekolah
dan kawasan setempat menyebabkan ia dibawa ke mesyuarat panel disiplin
guru. Siasatan mendapati kes ini berasas dan sudah pasti menjejaskan
kerjayanya.
Clare, ibu kepada dua anak yang sedang dalam proses perceraian cuba
membela diri dengan menyatakan pelajar tersebut memang datang ke
rumahnya tetapi mereka hanya tidur bersama tanpa melakukan lebih
daripada itu.
Bagaimanapun tidak lama selepas kisahnya tersebar, dia memberikan surat perletakan jawatan.
No comments
Post a Comment