Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Restoran Ditutup Sepenuhnya Kerana Sekumpulan Pelanggan Yang Bogel~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bogel
Gara-gara membenarkan sekumpulan pelanggan datang dan makan di restoran mereka sambil berbogel, sebuah restoran di Kanazawa City, Jepun ditutup kerana membiarkan perlakuan aneh berlaku di tempat awam.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran yang menyediakan menu makanan China, Gyoza No Osho (King Of Gyoza).
Pada masa kejadian, sekumpulan 10 orang pelanggan lelaki datang ke restoran itu dengan sengaja dan makan dalam keadaan bogel.
Yang peliknya, pihak pengurusan restoran tidak pun menghalang mereka tetapi terus membiarkan mereka makan di restoran itu.
Tidak diketahui tujuan kumpulan pelanggan itu apabila ada di antara mereka yang mengambil gambar perlakuan bogel mereka dan memuatnaiknya di Facebook.
Kejadian itu hanya disedari pengurusan tertinggi restoran apabila para pengurus mereka diberikan email beserta gambar berkenaan oleh orang ramai.
Menurut agensi berita Jepun, Itai News, pada malam 2 September, restoran itu ditutup sepenuhnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments