LOS ANGELES – Miley Cyrus telah
mencetuskan kontroversi selepas mengadakan persembahan pada anugerah MTV
Video Music baru-baru ini, dengan aksi tidak senonohnya ketika di
pentas bersama Robin Thicke.
Namun kali ini, timbul kontroversi baru yang melibatkan gambarnya selepas mengadakan persembahan pada malam itu.
Apa tidaknya, wajah pelakon Carlton, yang pernah membintangi siri tv
`The Fresh Prince of Bel-Air’ dikatakan menjelma pada lutut kanan Cyrus.
Cyrus yang bergambar dengan menjelirkan lidah itu nyata bakal mencetuskan kisah hangat yang baru.
Kali ini tumpuan adalah di lutut Cyrus, bukan wajahnya atau pakaiannya lagi.
Dalam pada itu, dalam perkembangan lain, akibat berkelakukan tidak
senonoh ketika membuat persembahan pada anugerah MTV Video Music itu,
majalah Vogue telah membatalkan hasrat menjadikan penyanyi Miley Cyrus
sebagai gadis muka depan.
Majalah berkenaan sebelum ini mahu menjadikan Miley sebagai ikon fesyen yang baru.
Miley pernah bergambar untuk Vogue untuk edisi Disember lalu.
Namun pengurusan Vogue berubah fikiran sebaik sahaja menyaksikan
Miley membuat persembahan tidak senonoh pada malam anugerah berkenaan.
Vogue bimbang penampilan Miley pada malam anugerah itu akan menjadikan arah tuju majalah itu berbeza sama sekali.
No comments
Post a Comment