BERITA yang mengatakan Farid Kamil bakal mengumumkan nama anak beliau
menerusi satu program khas Astro telah menerima maklumbalas bercampur
dari para peminat.
Ada yang tidak sabar menantikan program itu untuk melihat secara
dekat keluarga kecil Farid Kamil ini dan tidak kurang juga mereka yang
mendakwa Farid Kamil cuba menjual hak eksklusif anak kepada pihak
penyiaran untuk poket sendiri.
Bercakap kepada media semalam di tayangan filem Dampak, Farid Kamil
berkata beliau sudah memikirkan baik buruk perkara ini sebelum
bersetuju.
“Jual anak? Tidak. Saya sebenarnya sudah fikirkan awal awal lagi akan
perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga jaga yang akan di
ambil”
“Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram,
tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya
dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar
anak saya itu”, kata beliau menurut Malaysian Digest.
Farid Kamil juga menepis dakwaan yang mengatakan beliau mengurung
Diana Danielle dan anaknya untuk menjaga nilai eksklusif sehingga
program khas di Astro tersiar. – Rotikaya
No comments
Post a Comment