Seorang ahli perniagaan berasal dari
Bosnia telah memfailkan saman bernilai RM600,000 ke atas teman wanitanya
seorang wanita warga Malaysia kerana dakwanya wanita itu hanya mahukan
seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak dan bukannya atas dasar
cinta.
Ervin Ahbabovic, 41 tahun yang juga
telah mendapat status penduduk tetap negara ini memfailkan saman itu di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.
Selain tuntutan itu, Ahbabovic juga
meluahkan yang defendan iaitu wanita Malaysia berusia 29 tahun Chung
Shun Yee mahu plaintif melayan keinginan seks luar biasa teman wanitanya
yang mahukan hubungan seks enam kali sehari.
Sudahlah begitu, setiap sesi perhubungan seks akan berlangsung sehingga satu jam.
Dalam tuntutannya, Ahbabovic turut
menyertakan kata-kata wanita itu kepadanya yang menyatakan "plaintif
hanya dipergunakan untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan
sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok
bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelaki tempatan."
Menurut kisahnya, Ahbabovic berkata sebelun itu dia jatuh cinta Chung pada tahun 2008.
Mereka kemudiannya tinggal bersama dan
dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus
Ahbabovic Chung dilahirkan.
Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.
Menurut dokumen mahkamah, hubungan
mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap
mencari kesalahannya.
Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak
seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai
melebihi norma kebiasaan.
Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu
seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan
menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.
Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.
Malah plaintif turut mendakwa defendan
pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi
atau cuba meninggalkannya.
Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan
wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah
tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga
yang normal.
Ahbabovic mendakwa beliau mengalami
tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual
setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah
menikam dirinya di bahagian lengan kiri.
Tidak tahan dengan apa yang berlaku,
plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan
kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.
Malah, beliau juga didakwa telah dihalau
dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan
menguruskan perniagaan bersama mereka.
Ahbahovic berkata Chung terus bertindak
di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah
membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah
antarabangsa di Kuala Lumpur. .
Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.
Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.
Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.
Beliau menuntut mahkamah memberikan
pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan
mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara
ini selain tuntutan kewangan.
Beliau juga cuba mendapatkan arahan
menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan
defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.
Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.
Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.
"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," menurut peguamnya, Nasir.
Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.
"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa pakar sakit jiwa sekarang ini," katanya.
"Saya kehilangan segala-galanya sejak
empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang
normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya,"
katanya.
No comments
Post a Comment