Penumpang yang tidak dinamakan itu mula menyanyikan lagu nombor satu dalam senarai carta klasik itu sejurus selepas pesawat berkenaan berlepas dari Los Angeles.
Dia kemudian mengulang persembahannya selama hampir tiga jam. Mungkin cara nyanyiannya atau mungkin kerana lagu itu tetapi penumpang lain kemudian bosan mendengar lagu hit 1994 itu.
Juruterbang penerbangan American Airlines itu terpaksa memesongkan penerbangan dan membuat pendaratan kecemasan di bandar raya Kansas selepas wanita itu menjadi “gangguan”, kepada kru kabin, kata jurucakap lapangan terbang.Polis kemudian menaiki pesawat itu tetapi dia masih menyanyi ketika diiringi keluar dari pesawat.[metro]
No comments
Post a Comment