LONDON- Ramai gadis berkeinginan dilihat seperti anak patung kegemaran mereka. Katie Lawrence dari Camberwell, London tidak ketingalan.
Gadis berusia 20 tahun itu menjalani kehidupan seharian seperti anak patung manusia, menghabiskan tiga jam sehari mendapatkan penampilan sempurna seperti anak patung.
Dia sentiasa berpakaian skirt kembang dan menggunakan mekap krayon serta mengaku amat taksub dilihat seperti anak patung.
Pelajar seni itu sanggup menghabiskan berjam-jam mengkaji budaya Jepun dan permainan video untuk mendapat ilham bagi penampilan dirinya.
Bercakap mengenai hobi peliknya, Katie berkata: “Apabila berjalan dengan penampilan seperti ini, orang akan menoleh dua kali ke arah saya. Ada yang meminta bergambar bersama.
“Saya sukakan mata besar seperti anak patung dalam filem animasi. Saya menghabiskan masa panjang melekatkan kanta bulat dan dua set bulu mata palsu untuk kelihatan seperti anak patung.
“Satu hari nanti saya mahu menjalani pembedahan untuk mendapatkan telinga seperti anak patung Jepun.”
Katie mempunyai lima pakaian berharga RM400 setiap satu. Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pendapatannya sebagai peragawati sambilan dihabiskan untuk mekap.
“Saya menghabiskan lebih £200 (RM1,000) sebulan untuk mekap. Bagi saya, ia bukan membazir, sebaliknya amat penting.
“Saya boleh duduk bersolek tiga jam. Saya tidak kisah kerana tanpa mekap, saya bukan diri saya sebenar,” katanya.
Ketagihannya bermekap bermula sejak dia berusia 11 tahun selepas ibunya, Jill Lawrence, 54, memperkenalkannya kepada gincu.
“Walaupun saya dibuli di sekolah kerana tidak bergaul dengan orang lain dan disisih kerana mempunyai perangai pelik, saya tidak kecewa.
“Berpakaian seperti ini membuatkan saya gembira dan tidak akan mengubah penampilan kerana orang lain.
“Walaupun ke kedai, saya pasti berpakaian seperti ini. Ia sebahagian diri saya,” katanya. – Agensi
No comments
Post a Comment