Sekeping gambar gadis terbaring di atas jalan raya di hadapan sebuah bas menjadi laporan berita menarik di London pada Jumaat lalu.
Tetapi tahukah anda apakah punca gadis itu bertindak sedemikian?
Menurut laporan Lianhe Wanbao, gadis itu tidak dapat menaiki bas lalu bertindak untuk baring di atas jalan raya hingga dia dibenarkan menaiki bas itu.
Gambar tersebut ditangkap oleh salah seorang pengguna jalan raya yang terserempak semasa kejadian itu berlaku di Torquay.
Menurut The DailyMail, gadis tersebut telah tiba di perhentian bas sejurus selepas bas dua tingkat itu berlepas.
Bas seterusnya dijangka akan tiba dalam tempoh 10 minit.
Bagaimanapun, apa yang dia lakukan adalah dia bertindak untuk mengejar bas tersebut sehingga bas tersebut berhenti di lampu isyarat sebuah persimpangan.
Kemudian dia bertindak untuk berbaring di atas jalan raya di hadapan bas tersebut.
Tindakan provokasi tersebut berlaku selama beberapa minit dan pemandu bas tersebut akhirnya membenarkan gadis itu menaiki bas.
Nampaknya penumpang lain tidak teruja dengan tindakan gadis itu dimana perkara yang sama mungkin akan berulang lagi.
Pihak pengursan bas, Stagecoach berkata pemandu bas tersebut yang menuju ke Newton dari Torquay membenarkan gadis itu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Pihak pengursan bas, Stagecoach berkata pemandu bas tersebut yang menuju ke Newton dari Torquay membenarkan gadis itu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
“Kami ingin menegaskan bahawa pihak kami hanya akan mengambil penumpang di perhentian bas sahaja atas dasar keselamatan penumpang,” jelas jurucakap Stagecoach.
Pada masa yang sama, pihak pengurusan berharap supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
No comments
Post a Comment