Pelakon British, Henry Cavill, 30 yang membawa watak Superman dalam filem Man Of Steel baru-baru ini mendedahkan video latihan senaman yang dilaluinya untuk memegang watak hero dalam filem ‘box office’ tersebut.
Segalanya ternyata membuahkan hasil apabila Man Of Steel berjaya meraih AS$128.7 juta sepanjang minggu pelancaran filem tersebut, lantas menduduki tangga teratas bagi filem yang mencatat kutipan tertinggi bagi sepanjang bulan Jun.
Henry tidak lupa untuk mengucapkan ucapan penghargaan kepada pelatihnya iaitu Mark Twight atas segala tunjuk ajar yang telah diberi kepada dirinya.
“Bagi saya, Mark Twight adalah seorang individu yang amat menakjubkan,” kata Cavill.
“Dia berjaya membuat saya percaya bahawa saya mampu melakukan sesuatu lebih dari apa yang saya sangkakan. Dia seorang yang menakjubkan,” tambah Cavill lagi.
Latihan yang diguna pakai oleh Cavill dan Twight merupakan adaptasi daripada latihan sebenar tentera Amerika. Dengan rutin yang amat ketat, latihan tersebut dikenali sebagai latihan ‘muhasabah diri’ bagi kebanyakan askar Amerika.
Embed:
No comments
Post a Comment