Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Mariah Carey & Nicki Minaj Tinggalkan American Idol!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mariah Carey dan Nicki Minaj
Los Angeles – Dua diva, Mariah Carey dan Nicki Minaj mengumumkan menarik diri  sebagai juri daripada American Idol, selang beberapa jam antara satu sama lain, malam tadi.

Pengumuman berkenaan dimulakan dengan Mariah yang menyatakan akan mengadakan siri jelajahnya susulan kejayaan single terbaru Beautiful.
Ia sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa penyanyi berusia 42 tahun itu akan meninggalkan program realiti berkenaan.
Mariah dilaporkan dibayar £11 juta ketika menjadi juri untuk satu musim American Idol.
Beberapa jam selepas itu, Nicki pula mengumumkan untuk meninggalkan program berkenaan melalui twitternya.
“Terima kasih American Idol kerana memberikan pengalaman baru. Tidak akan menukarkannya untuk apa sahaja. Masa untuk fokus kepada muzik !!! Mmmuuuaahhh!!!
Nicki kini terlibat dalam pembikinan album ketiga dan baru sahaja melancarkan karier sebagai pelakon dengan untuk filem The Other Women.
Dalam filem itu, Nicki melakonkan watak sebagai pembantu Cameron Diaz.
Sebelum ini Randy Jackson telah meninggalkan rancangan realiti itu, dengan hanya Keith Urban sebagai juri.
Sementara itu, Jennifer Lopez dilaporkan bakal kembali sebagai juri bagi rancangan berkenaan, untuk musim baru.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments