Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tahanan Mati Dalam Lokap Di Tampin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tahanan Mati Dalam Lokap
TAMPIN – Seorang tahanan disahkan mati dalam lokap oleh kakitangan Hospital Tampin (HT) kira-kira jam 7 malam selepas dia didapati tidak sedarkan diri jam 6.30 petang di Lokap Balai Polis Tampin, di sini, semalam.

Sumber berkata, tahanan lokap berkenaan, P V Karuna Nithi, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada 31 Mei lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan tawaran jaminan RM4,000 dan tiada penjamin.
Menurutnya,  tahanan berkenaan tidak dihantar ke Penjara Sungai Udang pada 31 Mei lalu kerana kes akan disebut semula  3 Jun ini dan terdapat kesalahan ejaan pada nama tahanan itu di waran Penjara Sungai Udang.
“ Tahanan lokap ditahan pada 28 Mei lalu susulan kes memukul isterinya dengan  menggunakan topi keledar di hadapan salah sebuah bengkel di Taman Muhibbah, Gemencheh.
“Isteri pengadu mendapat cedera di kepala sebelah kanan. Si mati didapati ketagihan arak dan tidak mahu makan sejak dua hari lepas, ” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Isa Ujang ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan. – Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments