New York – Jabatan siasatan dalaman polis sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pelakon Amanda Bynes bahawa anggota polis yang menahannya Jumaat lalu, telah melakukan serangan seks ke atasnya.
Pelakon berusia 27 tahun itu mendakwa polis juga telah memasuki apartmentnya secara tidak sah selepas penjaga bangunan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Dakwaan itu dibuatnya melalui twitter.
Bynes ditahan kerana memproses marijuana.
Dia bagaimanapun tidak pula membuat dakwaan tersebut ketika dihadapkan di mahkamah, sebaliknya hanya membuat aduan mengenai tindakan polis memasuki kediamannya secara tidak sah.
Hakim Neil Ross membebaskan Bynes dengan alasan pelakon itu dikenali ramai, justeru sukar baginya untuk melarikan diri.
Hakim Neil Ross membebaskan Bynes dengan alasan pelakon itu dikenali ramai, justeru sukar baginya untuk melarikan diri.
Namun Ross memberikan amaran tegas kepada Bynes supaya mengelak diri daripada ditangkap lagi dan kembali ke mahkamah pada 9 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.
Nama Bynes meningkat naik selepas dia membintangi drama kanak-kanak “All That” selain membintangi beberapa filem yang lain.
No comments
Post a Comment