Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Cacat Seumur Hidup Kerana Ingin Cantik!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hilang kaki, tangan dan punggung kerana ingin cantik

Los Angeles – Gara-gara ingin cantik, seorang wanita menanggung kecacatan seumur hidup. Selain tangan, kaki dan punggungnya terpaksa dipotong, dia juga hampir menemui ajal.

Itu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh Apryl Michelle Brown yang menggunakan bahan silikon yang diperolehi secara haram untuk disuntik ke punggungnya, hanya kerana dia ingin mempunyai punggung pejal seperti Jennifer Lopez.
Tanpa disedarinya, bahan yang disuntik ke dalam punggungnya itu sebenarnya adalah bahan kedap yang digunakan di dalam bilik air.
“ Saya merupakan seorang pendandan rambut. Suatu hari seorang pelanggan memberitahu bahawa dia telah menyuntik punggung rakannya.
“Ketika itu saya merasakan seperti sesuatu yang ajaib kerana dia datang ke tempat saya,’’ katanya.
Hanya dalam masa beberapa saat, Apryl membuat keputusan untuk menyuntik silikon ke punggungnya dan dia membayar £650 untuk dua suntikan.
Menurut ibu kepada dua anak berusia antara 21 dan 22 tahun itu, beberapa bulan selepas suntikan berkenaan, punggungnya menjadi keras dan hitam, namun akibat malu, dia tidak mahu berjumpa dengan doktor.
“Akibat kesakitan yang melampau, saya tiada pilihan. Bagaimanapun doktor memberitahu saya adalah terlalu bahaya untuk mengeluarkan silikon itu.
“Akibatnya saya menghabiskan masa selama empat tahun menanggung derita kesakitan dan pada 2011, satu pembedahan dilakukan, namun ia gagal menyebabkan punggung saya berlubang,’’ katanya.
Keadaan ketika itu, kata Apryl amat kritikal malah dia hampir mati.
Doktor kemudiannya terpaksa memberinya ubat supaya dia koma selama dua bulan, agar mereka boleh melakukan 27 pembedahan, bermula dengan membuang punggung dan gentian kulit.
“Mereka menyelamatkan saya namun tangan dan kaki saya mengalami gangrin menyebabkan kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya terpaksa dipotong,’’ katanya.
Meskipun kini dia mengalami kecacatan, namun Apryl enggan mengalah sebaliknya dia melibatkan diri dengan aktiviti sukan.
Dia belajar berenang dan berlari menggunakan kaki palsu.
Namun mesej penting yang ingin disampaikan Apryl ialah belajar menerima dan menyayangi diri sendiri seadanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments