Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Tentang Adegan Intim itu- Nora
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Isu Babak Ranjang: Saya Tahu Apa Yang Saya Buat, Kata Nora Danish
Mengakui sudah lali dengan kontroversi, Nora Danish mengakui trailer filem ‘Mencari Cinta’ yang memperlihatkan adegan-adegan intim antaranya denga Rusdi Ramli mampu menarik minat penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.
Memandangkan traler filem itu menjadi bualan hangat di laman-laman sosial, Nora turut diminta mengulas lanjut.
“Saya tidak berkesempatan menonton adegan-adegan yang menjadi kontroversi itu, namun diberitahu orang di sekeliling bahawa saya kelihatan seperti berbogel.
” Saya tahu apa yang saya buat. Jika adegan-adegan tersebut begitu memberahikan, ia tidak akan diklasifikasikan sebagai PG13,” ujar Nora ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut pada Khamis.
Nora menegaskan sebagai seorang pelakon dia sentiasa memikirkan relevannya sesuatu babak yang akan dijayakannya.
Memikul tanggungjawab sebagai salah seorang teraju utama filem romantis itu, Nora menjelaskan penting baginya untuk melakonkan watak mengikut kehendak karakter.
Mengakui agak berdebar kerana pertama kalinya digandingkan bersama Rusdi Ramli, Nora menyifatkan hero filem ‘Mencari Cinta’ itu sangat berkaliber. Pada mulanya Nora mengakui agak bimbang kerana tidak begitu mengenali perwatakan dan karakter Rusdi. Namun setelah penggambaran bermula, dia berasa selesa bergaul dengan aktor itu.
Nora memegang watak sebagai Myra yang merupakan seorang gadis bandar yang tiada pegangan agama. Hajatnya untuk berkahwin dengan kekasihnya pula tidak kesampaian dan akhirnya dipaksa berkahwin dengan pemuda kampung yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.
Dalam perkembangan lain, pelakon cantik ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk Astro yang berjudul, ‘Ku Kejar Bintang’ yang digandingkan bersama Randy Pangalila, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Nora turut memuji komitmen yang diberikan oleh bintang Randy kerana peramah dan begitu komited dengan kerjaya lakonannya. – gua.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments