Berpegang kepada pepatah melayu ‘buang yang keruh ambil yang jernih’, khabarnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kini telah pun berbaik-baik semula.
“Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara gara kesilapan saya dahulu”.
Malah pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengakui kembali berkawan rapat dengan bekas kekasihnya.
Menurutnya lagi, beliau tidak mahu tergesa-gesa dalam hubungan yang baru pulih kerana pernah mengecewakan pelakon wanita itu sebelum ini.
“Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya,” jelas Fizz Fairuz.
Oleh: A.Adzlan
No comments
Post a Comment