Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Taylor Swift Beli Rumah AS$17.8 Juta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Taylor Swift
LOS ANGELES – Penyanyi remaja terkenal, Taylor Swift dilaporkan membeli sebuah rumah tepi pantai di Rhode Island bernilai AS$17.8 juta (RM54 juta), lapor akhbar dalam talian MailOnline.
Swift dikatakan membeli rumah agam itu secara tunai dan membayarnya pada awal minggu lalu.
Menurut beberapa sumber dalaman ejen hartanah kepada portal hiburan TMZ.com, bintang berusia 23 tahun itu dilihat berada di kediaman tersebut pada Sabtu lepas.
Rumah berwarna putih itu mempunyai keluasan lebih 1,000 meter persegi dan terletak di atas bukit seluas 2.11 hektar.
Kediaman keempat yang dibeli Swift itu mempunyai pelbagai kemudahan termasuk sebuah kolam renang.
Penyanyi lagu Red itu juga sudah memiliki dua rumah di Amerika Syarikat masing-masing di Beverly Hills, California dan di Nashville, Tennessee.
Namun, sebuah lagi kediaman yang dibeli berdekatan rumah bekas kekasihnya, Conor Kennedy di Hyannis Port, Massachusetts telah dijual pada Mac lalu. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments