RAMAI sedia maklum mengenai pencapaian karya hebat oleh penyanyi rap Will.I.Am, namun ramai yang tidak tahu bahawa lelaki ini sedang menderita dengan penyakit yang sangat serius.
Menurut laporan Digital Spy, salah seorang ahli kumpulan Black Eyed Peas itu mempunyai masalah sukar memberi fokus kepada dua perkara dalam satu-satu masa dan ia dikenali sebagai penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
"Saya mengaku mempunyai penyakit ADHD. Konsentrasi saya akan lari apabila ada benda lain tiba-tiba masuk ke fikiran saya," katanya.
Tambah juri The Voice UK (United Kingdom) itu, dia tidak tahu bagaimana untuk menghentikan atau melambatkan masalah penyakitnya itu tetapi boleh mengawalnya dengan muzik.
No comments
Post a Comment