Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Che Ta Belajar Masak Dengan Nik
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Che Ta
Pelakon Rozita Che Wan yang merupakan salah seorang peserta bagi musim kedua Masterchef Selebriti Malaysia pernah menyatakan yang dia memang tidak berapa mahir memasak masakan barat walaupun memiliki kekasih yang berdarah kacukan barat.
Sedar atas kekurangannya itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengambil inisiatif dengan belajar memasak masakan barat dengan Chef Nik Michael Imran atau Nik.
Nik yang merupakan peserta Masterchef musim pertama kini merupakan seorang pengusaha restoran PickNik di Publika yang memberi pengkhususan kepada masakan barat.
Nik juga sempat berkongsi gambarnya di akaun Instagram ketika dia sedang mengajar Che Ta cara-cara untuk memasak dan menghias makanan dengan cantik dan sempurna.
Ahad lalu, pelawak Yassin telah terkeluar daripada program masakan popular itu dan kini tinggal 18 orang selebriti lagi untuk merebut gelaran Masterchef Selebriti Musim Kedua.
Pada musim pertama, Datuk Fazley Yaakob telah berjaya menyandang gelaran itu apabila berjaya menewaskan Angah Raja Lawak pada pusingan akhir pertandingan itu. [Mynewshub.my]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments