Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Puteri Sulu kata Azzimuddie 'selamat'!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini berkata, bapa saudarannya, Azzimuddie Kiram "selamat" dan mendakwa orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, adalah di kalangan mereka yang dibunuh dalam apa yang digelarnya sebagai "keganasan maksimum" Malaysia.

NONE
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri) juga telah dilaporkan 

berkata seorang "jeneral" di kalangan 31 penceroboh yang terbunuh dalam pertembungan pada malam Rabu, bukan Azzimuddie - putera mahkota yang mengetuai lebih 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut.

Bercakap sehari selepas Malaysia menolak saranan bapanya untuk mengadakan genjata senjata dan ketika letupan baru dan pesawat pejuang berlegar di ruang udara bandar Lahad Datu, Puteri Jacel Kiram mengulangi rayuan keluarganya supaya "institusi antarabangsa campurtangan untuk menyelesaikan perkara ini secara aman ".

Beliau juga menggesa Presiden Benigno Aquino III supaya melindungi rakyat Filipina di Sabah.

Puteri Jacel berkata, Azzimuddie bercakap kepada salah seorang saudaranya melalui telefon awal hari ini, menyatakan bahawa beliau dan kumpulannya "selamat".


Rayuan untuk 'toleransi maksimum'

Malaysia mengatakan bahawa pasukan keselamatannya telah membunuh sejumlah 52 orang Filipina dan kehilangan lapan anggota polis sejak pertempuran tercetus di Sabah Jumaat lepas.

Pada hari Selasa, walaupun ada  rayuan untuk "toleransi maksimum" dari kerajaan Filipina, tetapi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan besar-besaran di Kampung Tanduo di Lahad Datu di mana Azzimuddie dan kumpulannya berkubu.

Puteri Jacel berkata, laporan mengenai kemungkinan serangan baru udara hari ini bukanlah sesuatu yang baru kerana serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia tidak henti-henti, walaupun pada waktu awal pagi.

"Bukan toleransi maksimum tetapi sebaliknya mereka menguatkuasakan keganasan maksimum," katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments