Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pierre Andre jual nama Ustaz Azhar Idrus?! PANAS!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Belum pun memasuki pawagam, pembikinan Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang arahan terbaru dari Pierre Andre mencetuskan sedikit kontroversi. Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon filem terbabit.

Bagaimanapun, yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan. 

Menjelaskan situasi yang berlaku, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini.

“Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.

“Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

“Bagaimanapun, jika ustaz tidak dapat menerima, kita akan ke plan B dan saya akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara ini,” katanya kepada Zass.

Pierre berkata, penggambaran filem ini sudah berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk menjalani penggambaran biarpun ustaz masih belum memberi kata putus, kerana pelakon utamnya adalah Shiro. Jadi kita selesaikan dahulu babak yang melibatkan Shiro,” katanya yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Cerita Kita.[metro]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments