Beberapa kumpulan pekerja syarikat perlombongan di Australia telah dipecat kerana membuat tarian Harlem Shake ketika mereka bertugas di bawah tanah.
Pemilik syarikat perlombongan itu, Agnew, berang apabila melihat Harlem Shake ‘versi bawah tanah’ mereka tersebar secara meluas di internet, selain menambah tindakan mereka itu membahayakan diri mereka dan orang lain.
Seorang daripada pelombong yang dipecat memberitahu yang kira-kira 15 orang yang terlibat di dalam pembikinan video tersebut telah dipecat termasuk seorang yang tidak terlibat dalam pembikinan video tersebut, secara langsung mereka kehilangan pekerjaan yang menawarkan mereka sehingga 6 angka gaji sebulan.
Video tersebut telah di tonton sebanyak 56,000 kali, dan dijangka akan meningkat lagi selepas ini, kerana trend Harlem Shake semakin hari semakin popular.
Banyak yang berpendapat ini adalah satu kesilapan yang tidak seharusnya diperbesar-besarkan oleh syarikat tersebut, setidak-tidaknya memberikan mereka amaran tanpa membuat keputusan melulu dengan memcat mereka.
Sumber: Beritanisma.com
No comments
Post a Comment