Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kereta Hibrid keluaran pertama Ferrari berharga RM 5juta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Geneva: Ferrari semalam melancarkan kereta hibrid pertamanya dengan syarikat berkenaan membutikan teknologi alam sekitar masih mampu menyediakan keseronokan bagi mereka yang sukakan kelajuan.


Kereta berkelajuan tinggi itu diberi nama LaFerrari atau ‘The Ferrari’ adalah kereta paling laju pernah dikeluarkan Ferrari dan bernilai £1 juta (RM5 juta). Ia dilengkapi dengan motor elektrik yang disambung kepada enjin petrol 6.3 liter.
Dengan kelajuan maksimum 220 mph, pandu cuba yang dilakukan di sirkit Ferrari ialah bawah 1 minit 20 saat, lima saat lebih pantas daripada Ferrari Enzo dan tiga saat lebih laju berbanding F12 Berlinetta.

Syarikat itu berkata, LaFerrari, yang muncul kali pertama di Pameran Motor Antarabangsa Geneva semalam, adalah kereta terpantas dalam sejarah Maranello serta kereta hibrid pertama dalam sejarah Ferrari.
“Secara keseluruhan, kereta itu memberi jaminan maksimum kepada pemandu,” kata jurucakapnya. Dicipta untuk kersonokan, LaFerrari mengeluarkan 330g/kilometer karbon dioksida yang meskipun rendah berdasarkan standard kereta super, tetapi masih tinggi berbanding purata kereta hibrid.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments