GEORGETOWN: Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town hari ini mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu.
Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Amran Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya mengenal pasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas. "Kita mengesan masalah ini 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya," katanya.
Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar.
Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3 kilometer (km) dari Seberang Jaya. - BERNAMA
No comments
Post a Comment