Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pasukan keselamatan negara sedia gempur penceroboh Lahad Datu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Perkembangan terkini pencerobohan Lahad Datu 26 Februari 2013


Tiada lagi rundingan dan pihak keselamatan kini sedang bersiap sedia menggempur lebih 100 anggota kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo,sejak 12 Februari lalu
Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mendapati segala rundingan bersama kumpulan penceroboh terbabit menemui jalan buntu dan bersedia mengambil tindakan termasuk menggunakan kekuatannya bagi menyelesaikan insiden yang berlarutan hampir dua minggu itu

“Kini kumpulan penceroboh tidak mempunyai pilihan selain keluar dari tempat persembunyian mereka untuk dihantar pulang ke negara asal kerana tempoh pengusiran dan perbincangan berakhir

“Keutamaan pasukan keselamatan ketika ini adalah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini daripada diganggu kumpulan penceroboh yang kini mengalami pelbagai masalah termasuk kekurangan bekalan makanan dan sumber bahan api,” katanya

Hamza berkata, tiada lagi rundingan dan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang jika mereka enggan mengikut arahan untuk pulang ke negara asal

“Mereka adalah pendatang dan melanggar kedaulatan serta keselamatan negara

“Kesalahan yang mereka lakukan cukup banyak dan boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan selain kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen,” katanya di Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Lahad Datu

Terdahulu, Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan berkata, kerajaan mengambil keputusan melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh terbabit sehingga Ahad lalu susulan permohonan Manila supaya ia dilanjutkan bagi memastikan proses berkenaan dilakukan secara baik

Kerajaan Filipina sebelum itu meminta kerajaan Malaysia memberi pertimbangan untuk melanjutkan tempoh pengusiran sehingga hari ini

Sementara itu Presiden Filipina, Benigno Aquino III hari ini meminta ketua kumpulan yang mendakwa Kesultanan Sulu yang pengikutnya mencerboh ke Malaysia supaya meninggalkan negara jiran itu seberapa segera

Bercakap dalam siaran televisyen tempatan, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III bahawa pengikutnya perlu meninggalkan Malaysia sebelum keadaan tidak terkawal

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments