Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Warga emas ditemui mati bersama syiling emas bernilai $7 juta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post





Dia disahkan meninggal dunia pada May tahun lepas dengan baki di dalam akaunnya cuma ada $200 sahaja.

Apa yang mengejutkan ketika pihak berkuasa datang untuk membersihkan rumahnya, mereka terkejut kerana lelaki tua yang meninggal dunia tersebut ditemui bersama syiling emas yang bernilai $7 juta di rumahnya.

Walter Samasko Jr, meninggal dunia pada usia 69 tahun disebabkan masalah jantung dan hanya ditemui mati berseorangan dirumahnya selepas sebulan kematiannya.
Kematiannya hanya disedari oleh jirannya selepas mereka terbau sesuatu yang busuk dari rumah lelaki tersebut.

Apa yang mengejutkan, apabila pihak berkuasa datang ke rumah tersebut untuk membersihkan mayat tersebut, mereka menjumpai kotak berisi syiling emas di dalam rumah dan garaj lelaki tua tersebut yang bernilai $7,000,000.

Kotak-kotak berisi syiling emas itu hanya ditandai dengan perkataan "Buku" di luarnya.

Terdapat begitu banyak syiling emas sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta sorong untuk membawa naik ke trak. Syiling emas tersebut kemudiannya dipindahkan ke bilik kebal bank dengan diawasi kenderaan berperisai.

Samasko yang tinggal di sebuah rumah kecil berkeluasan 1,200 kaki di Carson City, Nevada, tidak mempunyai saudara-mara terdekat. Mayatnya telah diterbangkan ke Chicago dan dibakar sebelum dikebumikan bersebelahan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 1992.

Seorang yang disyaki sebagai sepupunya yang tinggal di San Rafael, California, kemungkinan besar akan mewarisi kekayaan tinggalan lelaki tua itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments