Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Rihanna kembali ke pangkuan Chris Brown kerana masih saling mencintai!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

DIVA R&B Rihanna secara rasmi dikatakan kembali ke pangkuan Chris Brown yang masih dalam tempoh percubaan kerana menyerangnya pada 2009.
Menurut Rihana,­ keadaan sudah berubah. 
“Saya mengambil keputusan untuk kepentingan diri saya. Saya mahukan kebahagiaan,” kata­nya kepada majalah Rolling Stone dalam satu wawancara yang diterbitkan Rabu lalu di laman web majalah itu.

“Saya tidak akan membiarkan pendapat orang lain menghalang saya untuk meraih kebahagiaan. Malah, jika ia adalah kesilapan, maka ia kesilapan saya,” katanya ketika bercakap mengenai hubungan cinta­nya bersama Brown, 23, yang dijalin semula walaupun membingungkan peminat dan media selebriti.


“Selepas terseksa selama bertahun-tahun, berasa marah dan keliru, saya lebih rela hidup dalam kebenaran dan menerima reaksi daripada tindakan itu,” katanya sambil menambah “Saya boleh kendalikannya.”
Khabar angin mengenai perdamaian pasangan itu menjadi buah mulut sejak beberapa bulan lalu, malah, sebelum pasangan itu mendedahkan lagu duet mereka “Nobody’s Business” November lalu. Lagu itu disenaraikan dalam album terbaru Rihanna, ‘Unapologetic’.

Brown mengaku bersalah pada 2009 kerana memukul dan menumbuk Rihanna. Dia dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masya­rakat, menghadiri kelas mengawal marah, diberikan arahan tegas dan masih dalam tempoh percubaan. Penyanyi dari Barbados itu memberitahu Oprah Winfrey dalam satu wawancara penuh emosi pada Ogos tahun lalu bahawa dia dan Brown kini mempunyai hubungan persahabatan yang erat dan masih mencintai lelaki itu. 

“Apabila kamu me­nyatukan semua kepingan gambar itu dari luar, ia bukan susun suai gambar yang comel di dunia,” akui Rihanna kepada Rolling Stone yang mula dijual di pasaran minggu ini dengan wajahnya menghiasi di kulit depan dengan tajuk “Rihanna Mabuk Cinta”. 

“Anda lihat kami berjalan di suatu tempat...dan anda fikir anda tahu. Tetapi sekarang berbeza. Kami tidak lagi bertengkar seperti dulu. Kami berbincang. Kami menghargai antara satu sama lain,” katanya. 

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa hubu­ngan mereka juga masih dalam tempoh percubaan.

“Dia tidak lagi berminat untuk bergaduh dan mencari pasal. Itu satu pilihan...dan saya tidak mungkin pergi sejauh ini jika saya rasa hubungan kami tidak mungkin membahagiakan saya,” katanya.

Wawancara itu diterbitkan tiga hari selepas insiden pergaduhan terbaru Brown yang membabitkan rakan pemuzik Frank Ocean ekoran berebut ruang parkir dekat studio rakaman di Hollywood Barat..-Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments