Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita berusia 30 tahun tetapi rupa seperti bayi 9 bulan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Meski sudah berusia 30 tahun, seorang wanita asal Brazil masih kelihatan seperti bayi kerana tubuhnya berhenti berkembang sejak berusia 9 bulan. Tak hanya fizikal, secara mental wanita tersebut masih bertingkah seperti bayi.


Maria Audete do Nascimento lahir pada 7 Mei 1981, namun di usia yang hampir 31 tahun ia masih kelihatan seperti bayi. Para ahli di Fakulti Perubatan University of Ceara Brazil percaya bahawa Maria menderita kekurangan hormon tiroid (hipotiroidisme) parah.

Kerana hipotiroidisme, tubuhnya tidak pernah boleh berkembang secara fizikal maupun mental. Andai saja keadaan tersebut boleh dikenalpasti sejak awal, Maria mungkin boleh tumbuh seperti anak normal yang berkembang secara fizikal dan intelektual.

Sayangnya, Maria berasal dari keluarga miskin yang tinggal di rumah yang terbuat dari tanah liat di daerah Ceara, Brazil. Ia tinggal bersama ayahnya Raimundo Nascimento dan ibu tirinya Dona Dora, yang telah merawatnya sejak ibu kandungnya meninggal 13 tahun yang lalu.


Keluarganya tidak mampu memberikan segala bentuk rawatan untuk Maria, yang keadaannya boleh saja diubati bila dikesan saat lahir.

"Saya tidak pernah membawanya ke doktor. Keadaannya semua disini serba sukar, "ujar ibu tirinya Dona Dora, seperti dilaporkan folhavitoria, Jumat (17/2/2012).

Untuk saat ini ia terus hidup seperti bayi yang tidak mampu memenuhi keperluannya sendiri, bahkan tidak mampu berbicara. Beruntungnya, pihak University of Ceara telah bersetuju untuk memberikan rawatan percuma kepada Maria.

Rawatan itu sekurang-kurangnya boleh membuat Maria sedikit lebih berdikari dan boleh melakukan aktiviti seperti berjalan, makan dan mengucapkan beberapa kata, walaupun keadaannya tidak akan dapat berkembang secara mental.

Di rumah-rumah tempat Maria tinggal, meski hidup miskin tapi ia tidak tampak kekurangan cinta. Ibu tirinya telah mengurus Maria dengan penuh kasih sayang sejak hari ia berkahwin.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments