Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Doktor minta pesakit beraksi lucah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kuala Terengganu: Seorang lelaki dikesan menyamar doktor sebuah hospital kerajaan dengan meminta seorang pesakit wanita yang dihubunginya menerusi telefon melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka pakaian.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru berlaku minggu lalu apabila seorang wanita berusia 30-an yang hamil dihubungi lelaki terbabit yang menyamar doktor. 

“Pada mulanya, lelaki terbabit bertanyakan mengenai keadaan pesakit sebelum meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka baju dengan alasan ia sebahagian proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa. 

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan berkenaan memandangkan segala maklumat mengenai keadaan kesihatan disebut lelaki terbabit tepat.
“Dalam perbualan itu, lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah dipercayai untuk memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi diminta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments