Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa kini dikaitakan pula dengan dakwaan yang kononnya dia menjalinkan hubungan intim dengan suami kepada pengacara terkenal.
Namun, Neelofa atau Lofa menafikan dakwaan itu dengan menyatakan mereka memang tiada sebarang hubungan istimewa memandangkan sudah berkawan lama.
“Sudah-sudahlah buat fitnah terhadap Lofa. Janganlah lagi dikaitkan Lofa dengan cerita perampas suami orang.
“Kepada si penyebar fitnah pula, belajarlah menghormati rumah tangga orang lain,” katanya yang dipetik dari Berita Harian, di sini, hari ini.
Kata Lofa lagi, dia mengenali lelaki itu sejak umur 17 tahun lagi.
“Kami hanya berkawan. Jadi, apabila gosip ini timbul, memang Lofa terkejut.
“Kalau diikutkan, memang Lofa malas nak komen kerana cerita perampas ini memang tak masuk akal,” tambahnya.
Sementara itu apabila ditanya mengenai hubungannya denga aktor kacak, Hans Isaac, yang memberikan tempoh sehingga tahun depan untuk menamatkan zaman bujang seperti yang ditulis kebanyakan media, Lofa berkata, tidak apa yang harus diulas olehnya.
“Bagi Lofa, kalau mahu melamar, biarlah dengan cara yang betul…
“Datanglah berjumpa keluarga dan bukannya melalui media cetak atau elektronik,” katanya..
-Mynewshub
No comments
Post a Comment