Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Minah rempit beradik ditahan JPJ bawa motorsikal tanpa lesen!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Terengganu: Tindakan berani dua beradik menunggang motosikal sejauh 40 kilometer dari Kuala Berang ke bandar raya ini tanpa lesen mengundang padah apabila ditahan dalam operasi khas motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sultan Mohamad, di sini, kelmarin.

Dua remaja perempuan itu masing-masing berumur 16 dan 20 tahun menunggang motosikal ditahan kira-kira jam 9 malam selepas pemeriksaan mendapati mereka tiada lesen.

Ketika ditahan, dua beradik itu memberi alasan datang ke bandar raya ini untuk melawat ibu saudara yang dirawat di sebuah hospital di bandar raya ini sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, mereka tetap dikenakan saman kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang selepas gagal menunjukkan lesen memandu.
Selain dua beradik itu, dua remaja perempuan berumur lingkungan 18 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata, terdapat segelintir pengguna jalan raya belum sedar mengenai kepentingan dan akibat sekiranya mereka tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan.

“Walaupun tidak ramai, keberanian empat remaja itu menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan menunjukkan masih ada pengguna yang memandang remeh perkara itu tanpa mengambil kira risiko yang bakal dihadapi selain dikenakan tindakan saman.
“Selain tindakan saman atau disita kenderaan, pengguna yang tidak mempunyai lesen dan cukai jalan turut terdedah dengan risiko sukar mendapatkan tuntutan insurans sekiranya terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, operasi sama turut diadakan di Besut dan Kemaman yang mana sebanyak 103 saman membabitkan pelbagai kesalahan seperti lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dikeluarkan dengan 27 pemilik kenderaan diberi notis arah periksa.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments