Chicago: Seorang wanita trauma selepas diserang oleh seorang lelaki dengan stokin penuh dengan najis manusia.
Pelajar berusia 21 tahun itu berada di dalam kereta api di Chicago, Amerika Syarikat apabila diserang tiba-tiba oleh seorang penumpang lain.
Menurut pelajar itu, kejadian berlaku beberapa minit selepas lelaki itu menaiki kereta api.
“Saya tidak mempedulikannya. Pada stesen berikutnya, dia secara tiba-tiba melontar najis itu pada muka saya,” katanya.
Dia mengejar lelaki berkenaan tetapi gagal menangkapnya.
Polis yang menerima aduan pelajar berkenaan juga gagal mengesannya.
Menurut pelajar itu, kejadian itu membuatnya trauma.
“Ia penghinaan paling buruk pernah saya lalui. Saya rela dipukul dengan teruk kerana itu tidaklah seteruk dengan dilempar najis.
“Lebih teruk lagi, tidak ada siapa yang mempunyai sesuatu untuk membantu saya mengesat najis itu.
“Saya terpaksa menggunakan surat khabar,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan dia berhati-hati menggunakan pengangkutan awam.
“Saya akan memerhatikan orang di sekeliling saya sebelum naik,” katanya. - DM
No comments
Post a Comment