Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bayi 16 bulan telan 42 magnet peti sejuk!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Moscow – Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.
Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.
Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.
Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.
“Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya,” kata jurucakap klinik.
Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: “Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.
“Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod,” katanya. – Daily Mail

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments