KOTA KINABALU – Sebanyak 10 ekor gajah ditemui mati sejak seminggu lalu dipercayai akibat keracunan di Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
Semua haiwan liar itu dianggarkan berusia antara empat hingga 20 tahun dan setakat ini Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan tiada kesan tembakan pada gajah terbabit.
Kerajaan negeri juga sudah mengarahkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyiasat punca sebenar kematian 10 gajah berkenaan. – BHarian
No comments
Post a Comment