LONDON – Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentariBBC Tube baru-baru ini mendapat liputan luas dan menjadi kes jenayah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station.
Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi.
Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu.
Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.
Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba dari mana-mana stesen.
Polis Pengangkutan British, Detektif Fin Egan berkata, tindakan lelaki tersebut amat mencurigakan dan boleh meragut nyawa wanita tersebut.
“Ini adalah satu perbuatan yang berbahaya dan tidak bertimbang rasa yang mungkin menyebabkan mangsa kehilangan nyawa,” katanya yang dipetik dari Daily Chilli.
Pihak polis terus melakukan siasatan selepas pembongkaran video tersebut dan menggesa mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat tambahan bagi kes jenayah itu.
No comments
Post a Comment