LOS ANGELES – Seorang pelajar parah selepas ditembak di sekolah tinggi California manakala seorang pelajar lagi berada dalam tahanan, kata pegawai polis tempatan.
Mangsa dikejarkan ke hospital melalui udara ke hospital selepas ditembak di bangunan sains di Sekolah Tinggi Kesatuan Taft, utara Los Angeles, kata jurucakap Jabatan Polis Wilayah Kern.
Berdasarkan laporan awal, terdapat dua pelajar yang menjadi mangsa tembakan.
“Seorang pelajar ditembak di kampus. Pelajar berkenaan dihantar ke hospital menerusi udara. Kami mempunyai suspek yang juga seorang pelajar dalam tahanan,” kata jurucakap Ray Pruitt.
Katanya, keadaan mangsa masih tidak dapat dinyatakan dan menambah: “Terdapat laporan awal mengatakan kita mungkin mempunyai mangsa kedua, tetapi ia tidak kelihatan ketika operasi mencari dilakukan. Kami masih dalam misi mencari mangsa dan mengawal sudah mengarahkan anggota polis untuk mengawal di sekolah berkenaan,” katanya.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.00 malam dan suspek ditahan selepas 20 minit kejadian itu. – AFP
No comments
Post a Comment