Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia : Datuk Najib tidak ada banyak masa. Tinggal berapa bulan sahaja lagi. Tiada lagi teka-teki yang boleh dimainkan lagi. Hakikatnya, Pilihanraya Umum ke 13 mesti adakan antara sekarang sehinggalah 24 April 2013.
Ini kerana mandat yang rakyat berikan kepada Datuk Najib dan barisan kabinet serta kerajaan sedia ada hari ini hampir 5 tahun lepas akan berakhir sehingga 24 April ini sahaja. Dan ni bermakna….
Ini bermakna kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatiknya. Belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia sejak Tanah Malaya merdeka pada tahun 1957 sehinggalah sekarang, Pilihanraya Umum diadakan sebegini lambat. “Tidak diketahui apa sebabnya”. Mungkin Datuk Najib ada strategi dan sebab tersendiri?
Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. Tetapi….tetapi, senarai daftar pemilih dan pengundi yang terus dimiliki Suruhanjaya Pilihan raya SPR Malaysia masih terus diragui. Macam-macam berita pelik yang dilaporkan mengenai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Raya SPR Malaysia ini. Hanya di Malaysia….
No comments
Post a Comment