Penyanyi antarabangasa, Jennifer Lopez menjadi ‘mangsa wardrobe’ buat kali kedua apabila baju yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan payudaranya semasa sedang rancak menari.
Insiden itu berlaku semasa dia sedang membuat persembahan di O2, London pada malam Isnin, 22 Oktober lalu.
Dia yang dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah Dance Again World Tour 2012.
Menurut Radar Online, kejadian itu berlaku ketika Jennifer atau JLo sedang menari rancak dengan mengenakan jumpsuit labuci.
Malangnya, secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan baju bahagian kanannya terlondeh sehingga menayangkan payudara.
Namun, nasib baik dia sedar lalu cepat-cepat membetulkan bajunya dan meneruskan persembahan seperti tiada apa yang berlaku.
Sebelum itu, semasa membuat persembahan di Itali, diva pop Amerika itu turut mengalami insiden yang sama.
Bagaimana pun, kejadian yang berlaku tidak memberi kesan kepada sambutan peminat terhadap persembahannya.
JLo sempat menulis di Twitter ‘London wow! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012′.
No comments
Post a Comment