Bagi peminat kumpulan Paramore, ini ada berita baik untuk anda semua,
di mana kumpulan rock dari Amerika ini bakal menggegarkan peminat
mereka di Malaysia pada 17 Februari ini bertempat di Stadium Negara,
Kuala Lumpur.
Sewaktu berlangsungnya sidang media konsert ‘The Return of Paramore
Live in Kuala Lumpur’ Isnin lalu, Pengarah Urusan syarikat
telekomunikasi Tune Talk Sdn Bhd, Jason Lo telah telah mengeluarkan
kenyataan bahawa dia menganggap muzik adalah seumpama dadah dan
menujukan kenyataan tersebut kepada muzik yang dimainakn oleh kumpulan
Paramore itu sendiri.
“Kalau nak tahu muzik adalah seperti dadah. Sekali kita cuba dan suka
kita akan mahukannya lagi. Begitu juga dengan kumpulan Paramore ini.
Mungkin ramai peminat mereka tidak merasa puas dengan konsert mereka
yang pernah diadakan pada tahun 2010 yang lalu sebab waktu
persembahannya adalah terlalu singkat.”
“Jadi, setelah melalui proses perbincang antara kedua-dua belah
pihak, akhirnya kami bersetuju untuk membawa kumpulan Paramore datang
sekali lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert mereka yang kedua.”
Mengulas lebih lanjut mengenai konsert kedua Paramore pada Februari
ini, timbul juga persoalan dikalangan pihak media apakah kelainan yang
bakal dipersembahkan oleh kumpulan tersebut pada kali ini?
“Antara kelainan konsert Paramore kali ini adalah mereka akan
mengadakan persembahan dengan kehadiran dua anggota baru mereka dan akan
menyanyikan lagu-lagu daripada abum terbaru mereka. Selain itu, durasi
persembahan kali ini adalah lebih lama berbanding dahulu dan pastinya
penonton akan lebih berpuas hati.”
Untuk makluman, harga tiket akan dijual dengan harga RM270 (Red Zone), RM200 (Rock Zone), RM150 (P1), RM130 (P2) dan RM110 (P1).
Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert, anda boleh layari www.ticketpro.com dan untuk keterangan lanjut sila layari Facebook Tune Talk di www.facebook.com/tunetalk atau www.facebook.com/livescapre.
Sumber - Ohbulan.com
No comments
Post a Comment