Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suntik bibir dengan Silikon 100 kali untuk nampak cantik
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Woww!! memang Admin tabik lahh BEBEHhhh nihh... Sanggup suntik bibir untuk nampak lebih besar.. tapi seriously.. BIDAAAAAAAA...
“Punyai bibir yang besar meningkatkan tahap keyakinan saya. Ibu bapa saya juga gembira untuk saya. Mereka tidak kisah dengan penampilan saya. Ada kawan-kawan yang menasihatkan saya untuk tidak menyuntik membesarkan bibir lagi, tapi saya belum puas lagi.”

Itulah kata-kata yang diluahkan oleh seorang gadis Rusia, Kritstina Rei, 22.
Sehingga ke hari ini, dia sudah membuat 100 suntikan silikon di bibirnya.
Hasil suntikan itu telah merubah seratus peratus wajah sebenar Kristina yang sebelum ini menampakkan dirinya adalah seorang gadis yang ayu dan jelita.
Punca utama dia melakukan suntikan pembesaran bibir adalah kerana sentiasa berfikir yang dia memiliki bibir kecil yang dilihat terlalu hodoh.

Malah, sejak dari sekolah lagi, Kristina sering kali diejek dengan perkataan ‘hodoh’ oleh rakan-rakan sekolahnya.
“Sejak berumur empat tahun lagi, saya sering memikirkan bibir saya terlalu nipis dan kecil hinggakan rakan-rakan mengejek saya hodoh,” kata Kristina.

Bukan sahaja menerima ejekkan dari rakan-rakan telah membuatkan Kristina menyuntik bibirnya, tetapi kerana terlalu meminati watak kartun, Jessica Rabbit, Kristina sanggup bergadai nyawa asalkan dia puas dengan perubahan bentuk bibirnya.
Dia mulai menyuntik bibirnya ketika berusia 17 tahun lagi.
Sejak dari hari itu, dia pastinya akan menjadi pelanggan tetap di klinik di kawasan perumahannya untuk proses suntikan yang seterusnya.

Tindakan Kristina yang membesarkan bibirnya sering kali mengundang pelbagai kata-kata buruk dari orang ramai.
Namun, Kristina langsung tidak kisah asalkan dia dapat mencapai kepuasan hatinya.

“Saya tahu, ramai yang fikir saya pelik, tapi saya tidak kisah. Ramai yang memanggil saya sebagai lelaki, tapi pada saya, mereka itu bodoh,” katanya.
Biarpun sudah menyuntik 100 kali, Kristina ternyata tidak puas lagi dan masih lagi mahu menyuntik bibirnya untuk beberapa kali.

Bukan itu sahaja, dia juga dalam perancangan untuk membesarkan payudaranya dari saiz C kepada DD.

Sumber - Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments