Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SATELIT milik Facebook musnah ketika menjalni ujian pemeriksaan di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat.
Menurut sebuah laman antarabangsa, Roket SpaceX Falcon 9 yang digunakan meletup secara tiba-tiba pada pukul 9 pagi waktu tempatan.
Tambah laman itu lagi, satelit milik rangkaian media sosial terkenal Facebook itu bernilai AS$200 juta (RM814 juta) dan di namakan sebagai Amos-6 dijadual dilancarkan pada Sabtu ini.
Rakaman video pendek kejadian itu menunjukkan letupan bermula pada bahagian kedua roket tersebut sebelum keseluruhan roket musnah sepenuhnya dalam letupan yang lebih besar.

Asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul memenuhi ruang kawasan pelancaran roket tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui.
Pemilik dan pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan satelit milik syarikatnya musnah dalam kejadian berkenaan dan berasa kecewa dengan insiden yang berlaku.
Jelas Zuckerberg, satelit yang bakal dilancarkan itu akan digunakan kepada lebih 14 buah negara di benua Afrika untuk menyediakan rangkaian Internet secara percuma.
“Kami tetap komited dengan misi kami untuk menghubungkan semua orang, dan akan terus berusaha sehingga semua orang mampu merasai peluang itu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC
Global

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pernikahan baginda pada 31 Ogos lalu.
“Beta amat mengagumi lelaki yang dipanggil Ayahanda ini,” tulis Tengku Amir di dalam sebuah gambar yang dimuat naik di menerusi akaun Instagram peribadinya.
“Beta akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang ayahanda sebagai pahlawan, beta akan sentiasa berbangga menjadi putera ayahanda.
“Alhamdulillah, dan tahniah Ayahanda! Beta amat bersukacita dengan keputusan ayahanda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bernikah dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Tengku Amir, 25; yang dilahirkan di Amerika Syarikat berkata hubungannya dengan ayahandanya sama seperti “ayah dan anak lelaki yang lain.”
“Baginda telah memberikan kehidupan kepada beta, berkorban untuk beta, membesarkan beta menjadi seorang lelaki, membimbing beta semasa beta berduka dan menjadi contoh terbaik untuk beta dalam menjadi seorang pemimpin yang baik.
“Seorang lelaki yang tegas, seorang pejuang yang berani, Sultan yang arif dan baik hati serta dikasihi oleh rakyat jelata,” tambah Tengku Amir lagi.
Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Norashikin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang Etihad Airlines bernama Mustapha Kamal dan mempunyai dua orang zuriat, iaitu sepasang lelaki dan perempuan. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa

Amerika Syarikat, 2 Sept - Seorang pelajar kolej yang dilaporkan hilang di China 12 tahun lalu dipercayai ditemui masih hidup dan sebenarnya diculik untuk menjadi tutor bahasa Inggeris peribadi Kim Jong Un, lapor The Sun memetik Yahoo Japan.
David Sneddon hilang ketika dia berusia 24 tahun pada 2004 di China dan ketika itu, polis China percaya Sneddon terlibat dalam insiden ketika mendaki bukit.
Namun, mayatnya tidak ditemui sehingga sekarang.
Baru-baru ini, portal Yahoo Japan melaporkan bahawa Sneddon diculik untuk menjadi tutor bahasa inggeris kepada bakal pemimpin di Korea Utara itu (Kim Jong Un kecil).
Sneddon kini dipercayai mempunyai seorang isteri dan dua anak dan tinggal di Pyongyang, dakwa Yahoo Japan.
Ketua Persatuan Keluarga Diculik Korea Selatan, Choi Sung-yong, mendakwa Sneddon masih lagi hidup dan kini berusia 30-an.
Amerika Syarikat kini telah melancarkan operasi mencari Sneddon.
Ibu Sneddon, Kathleen Sneddon berkata "Kami tahu yang dia masih hidup, jadi kami perlu terus berjuang".
Menurut keluarga itu, mereka mengambil keputusan untuk berjuang mendapatkan jawapan disebabkan mayat anaknya tidak pernah ditemui biarpun diishytiharkan mati oleh polis China. -Siakapkeli.my
Sumber : The Sun, Independent
Global

KOTA BHARU, 2 Sept: Pihak polis pada Khamis menafikan satu video viral yang kononnya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai yang viral di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari penduduk kawasan itu berhubung kejadian.
"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau sebagaimana lapor Bernama.
Difahamkan juga, video itu turut mengaitkan maklumat itu kononnya dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".
Isu Semasa
Semalam bila adik perempuan saya balik ke rumah dari sekolah, dia berada dalammood yang tidak baik. Dia tak nak makan dan dia tak nak bercakap dengan siapa-siapa pun walaupun Miko (teddy bear miliknya).
![]() |
| Sekadar Hiasan |
Bila suruh mandi, dia tak nak jugak. Tapi akhirnya adik saya terpaksa akur sebab ayah memaksanya untuk mandi. Selepas mandi, bila ibu meminta dia untuk makan, dia tak mahu. Dia kata tak ada selera nak makan.
Adik duduk dalam bilik sorang-sorang buat kerja sendiri, kemas buku, kemas barang, buat kerja sekolah, dan lain-lain. Tapi dia tetap tak nak bercakap dengan siapa-siapa yang ada dalam rumah. Dia layan pun macam nak tak nak je.
Adik tak bercakap dengan saya langsung yang mana saya rasa sangat memeranjatkan. Biasanya setiap kali dia balik rumah dia akan cerita semua benda yang dia buat di sekolah, walau perkara paling kecil sekali pun.
Contohnya sebelum ni dia pernah cerita kat saya belalang kawan dia kena pijak dan mati. Dia cakap pada saya betapa dia membenci rakannya itu sebab membunuh belalang dan macam-macam lagi. Dia tak akan berhenti bercerita.
Tetapi semalam sangat berbeza sebab adik begitu tenang dan pendiam. Jadi, saya dengan ibu bapa saya ambil tindakan untuk bertanya kenapa dia tak nak bercakap langsung dengan semua orang.
Adik terus menangis teresak-esak, tersedu-sedan, dan air matanya keluar mencurah-curah macam air terjun. Dia tak boleh bercakap dengan lancar sambil menangis. Kami begitu terkejut, panik dan rasa sangat takut.
Selepas dia berhenti menangis, barulah dia memberitahu kepada kami apa yang sebenarnya berlaku di sekolah yang membuatnya berkelakuan seperti itu.
Rupa-rupanya, ada seorang rakan sekelas adik yang menggelarnya seorang KAFIR danTAK ADA AGAMA sebab adik tak pakai tudung seperti pelajar-pelajar Muslim lain dan sebab adik agak pendiam dalam kelas.
Rakannya bertanya, “Kenapa kau tak pakai tudung haa orang kafir? Kau tak ada agama ke?” dan terus memanggilnya “kafir kafir kafir kafir”.
Sudah tentu adik saya marah dan sedih. Adik bertanya kembali, “Kenapa kau cakap aku kafir? Aku orang Islam lah!”
Rakannya kemudian membalas, “Sebab ayah aku cakap orang kafir je tak pakai tudung ni. Orang Islam pakai tudung”. Adik saya naik marah dan terus berlalu pergi.
Adik saya baru berusia 8 tahun. Sedih sangat bila melihat seorang budak bersedih terhadap sesuatu hal yang mereka belum faham sepenuhnya. Tapi apa yang lebih menyedihkan – ibu bapa memberi persepsi yang salah tentang memakai tudung dan sesuka hati mengajar anak-anak mereka nilai yang salah seperti itu.
Adik saya memang tak bertudung tapi dia dah khatam Al-Quran satu kali dan sedang dalam proses untuk menghafal Surah Yasin. Walaupun tak bertudung, saya yakin adik saya ni jauh lebih bagus daripada anak perempuan kau tu.
Dia sebenarnya belum boleh memakai tudung lagi sebab ada ruam di lehernya. Memandangkan cuaca panas, dia tak boleh tahan dan tak bersedia lagi untuk memakai tudung. Lagipun, dia hanya 8 tahun!
Pakai tudung atau tak pakai tudung itu tidak menjadikan adik saya atau sesiapa saja seorang kafir. Tolong ajar anak-anak anda dengan perkara yang betul. Jangan sekadar tahu bercakap buruk mengenai orang tak pakai tudung.
Tolong jangan melabelkan seseorang itu kafir hanya sebab dia tidak pakai tudung. Itu satu cara yang sangat salah dalam mendidik anak-anak.
Di mana kebijaksanaan dan tanggungjawab kau sebagai ibu bapa?
Sumber : Says.com / Ohmymedia.tv
Isu Panas

SEORANG wanita berusia 34 tahun dari Jepun yang fanatik dengan anak patung Barbie sanggup berhabis puluhan ribu yen untuk memastikan minatnya itu menjadi realiti.
Menurut sebuah laman antarabangsa, Azusa Sakamoto atau Azusa Barbie membelanjakan 7,368,022 yen (RM292,232) untuk koleksi 145 anak patung Barbie, 40 pasang kasut dan 60 beg tangan jenama patung berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah wang tersebut tidak termasuk dengan harga barang-barang perhiasan yang terdapat di dalam rumahnya yang turut habis dihias seperti rumah karektor patung pujaannnya itu.

Malah wanita ini juga mengecat rumahnya dengan warna merah jambu agar kelihatan femininedan kebetulan memang merupakan warna tema karektor tersebut.
“Seluruh rumah saya Barbie termasuk tempat tidur, permadani, hiasan dinding dan jika terdapat sesuatu yang bukan bertema Barbie, saya akan meletakkan tanda dengan menampal pelekat dan aksesori Barbie,” katanya.

Difahamkan, Sakamoto mula minat terhadap karektor Barbie sejak berusia 15 tahun, apabila menerima bekas makanan yang tertera gambar anak patung tersebut.
“Sejak itu saya gila Barbie dan warna merah jambu,” jelasnya.
Disebabkan minatnya yang keterlaluan terhadap patung Barbie, kebanyakan orang di sekelilingnya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pelik apatah lagi dengan usianya yang bukan lagi ‘remaja’ atau ‘kanak-kanak’.

Walaupun mempunyai minat dan obses terhadap patung Barbie, namun dia tidak berhasrat untuk merubah dirinya menjadi seperti karektor tersebut seperti yang dilakukan oleh seorang model terkenal Ukraine iaitu Valerie Lukyanova.
Global
ADIK Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.
Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.
“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.
Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.
Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.
Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Hiburan
![]() |
| Rakaman CCTV |
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos : Seorang murid perempuan Tahun dua di sebuah sekolah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor sekolah tersebut kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, murid tersebut yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain itu didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ,Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, lelaki itu meminta mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor tersebut.
Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengikut lelaki terbabit.
Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.
"Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.
"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Wan Abd Aziz juga, rakaman CCTV berjaya merakam identiti suspek dan polis kini dalam proses memburu lelaki tersebut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.
Sumber : BH Online
Isu Semasa

SEORANG remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 tahun sengaja menempah padah apabila cuba meraba beberapa gadis di tengah kesibukan stesen kereta api Xinjiekou, China baru-baru ini.
Menurut laman berita Stomp, perbuatan terkutuk remaja berkenaan itu secara kebetulan telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tempatan Weibo yang tidak diberitahu identitinya.
Menerusi gambar yang dimuat naik, suspek dilihat menyentuh beberapa bahagian anggota pengunjung wanita yang berada di stesen pengangkutan awam rel berkenaan.
Foto-foto kelakuan buruk remaja tersebut yang dimuat naik menerusi laman sosial, mengundang kemarahan dan kritikan daripada ramai netizen tempatan.
Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa memaklumkan bahawa seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Ding telah ditahan berikutan insiden tersebut.
Paling unik difahamkan, remaja itu diserahkan ke sebuah balai polis untuk tindakan lanjut oleh bapanya sendiri.
Netizen tempatan memuji tindakan berani bapa suspek kerana sanggup menyerahkan anaknya ke muka pengadilan
Isu Panas
PEMENANG satu pertandingan yang dianjurkan pada sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-71, terkejut apabila menerima sembilan helai seluar dalam wanita sebagai hadiah.
Kejadian aneh yang berlaku di Kecamatan Sumarorong, Mamasa, Wilayah Sulawesi Barat kira-kira 1,432 kilometer dari ibu kota Jakarta itu menimbulkan kemarahan pemenang dan penduduk setempat.
Portal berita tempatan Kompas.com melaporkan, tindakan penganjur sambutan tersebut yang menghadiahkan seluar dalam wanita itu sudah dilaporkan kepada pihak polis tempatan untuk tindakan.
Seorang tokoh masyarakat setempat, Henok berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis supaya ia tidak berulang lagi apatah lagi diberi bersempena ulang tahun kemerdekaan republik itu sendiri.
Kata beliau lagi, kes pelik berkenaan turut berkait dengan unsur penghinaan dan berbaur gangguan seksual yang dilakukan oleh pihak penganjur tersebut kepada pemenang wanita.
Namun, penganjur tersebut dilaporkan memohon maaf atas keterlanjuran tindakan yang mungkin dianggap sebagai tidak beretika itu dan mungkin menjejaskan imej mangsa sekali gus memohon maaf secara terbuka.
Mynewshub.cc
Global
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun berhadapan dengan detik cemas apabila kepalanya tersekat dalam sofa, pada Sabtu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah salon kecantikan di bandar Tongen, wilayah Guizhou, China.
Menurut laporan media tempatan, kejadian tidak diduga itu berlaku selepas kanak-kanak berkenaan dipercayai memasukkan kepalanya gara-gara mahu melihat ke dalam lubang sofa berkenaan.
Insiden cemas itu juga menyebabkan ibu mangsa bergegas menghubungi pihak bomba untuk mendapat bantuan.
Menerusi sebuah video, beberapa anggota bomba cuba mengeluarkan kepala mangsa dengan pelbagai cara termasuklah menggunting pelapik sofa berkenaan.
Anggota bomba kemudian terpaksa memecahkan rangka kayunya bagi membolehkan kepala kanak-kanak itu keluar.
Difahamkan, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Global

SAAT masyarakat Moscow enggan keluar rumah berikutan banjir yang melanda ibu kota Rusia itu, dua lelaki di bandar itu mempunyai idea menarik yang tersendiri.
Media negara tersebut melaporkan kemunculan dua lelaki tempatan selamba sahaja menjadikan ‘malapetaka’ alam itu sebagai sesuatu untuk menghiburkan diri mereka sendiri.
Nikita Kantorov dan Andrey Trukov dirakamkan berjaya melakukan aksi ‘gila’ tersebut apabila meluncur laju di sebatang jalan raya sibuk yang tenggelam dinaiki air seperti sungai di pusat bandar berkenaan.

Melalui sebuah video berdurasi kurang satu minit menunjukkan salah seorang daripada mereka yang berpakaian sut renang meluncur di jalan sambil ditarik oleh sebuah kenderaan berwarna kelabu gelap.
Beberapa orang awam yang berada di situ melihat kejadian ‘gila’ tersebut sambil bersorak gembira seolah-olah cuba memberi semangat kepada individu berkenaan.
Menurut Kantorov kepada sebuah laman berita tempatan, dia sudah lama berhasrat untuk melakukan aksi itu, namun tidak berhasil kerana hujan kebetulan turun tidak lebat.
“Idea ini sudah lama terlintas di fikiran saya. Namun masih belum dapat direalisasikan kerana hujan yang turun sangat sedikit, sehinggalah hari ini tiba.
“Saya tidak ragu sama sekali untuk melakukan aksi tersebut,” ujarnya.
Difahamkan, hujan yang melanda Moscow pada Selasa lalu merupakan yang paling lebat diterima bandar itu sejak 1887 menyebabkan beberapa jalan raya di bandar berkenaan dinaiki air.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments