Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Picture: Dailymail.uk |
APA agaknya yang difikirkan oleh wanita ini ketika mendaftar masuk di kaunter untuk penerbangan dengan pesawat Virgin Amerika, hinggakan dia terlupa sesuatu?
Wanita ini hanya memakai seluar dalam dan jaket sahaja di sebuah lapangan terbang di California. Ia nyata mengejutkan ramai yang turut menyindirnya mungkin penghawa dingin di lapangan terbang itu sudah rosak.
Gambar berkenaan dimuatnaik dalam media sosial oleh salah seorang penumpang dengan kapsyen “Sementara itu di lapangan terbang…”
Ia kemudiannya menarik perhatian ramai dengan banyak komen-komen pedas diberikan.
Ada juga yang menyindir mungkin disebabkan pemanasan global menjadikan wanita itu berpakaian sedemikian rupa.
Global
SEJAK bergelar isteri kedua kepada Dato Red, penyanyi terkenal Adira Suhaimi tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Antara yang kontroversi yang mendapat liputan meluas adalah gosip suaminya bersama-sama pelakon Ruhainies apabila video mesra mereka di sebuah pusat beli-belah tersebar.
Bercakap mengenai insiden itu, Adira mengakui dia berasa sakit di hati waktu berita berkenaan tersebar.
Pun begitu, dia tidak mahu mengenangnya lagi malah percaya ada pengajaran dan hikmahnya.
“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.
“Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Dalam pada itu, Adira akui dia tidak kisah sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi asalkan Dato Red mampu menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.
“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,”katanya.
Sementara itu, Adira memberitahu, selepas ini dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang bakal dilahirkan sekitar bulan Mac 2017 nanti.
Hiburan
SETELAH dua kali putus tunang, pengacara dan penyampai radioKool FM iaitu Ikhwan akhirnya mengakui dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang ibu tunggal beranak satu.
Menurut Ikhwan atau nama penuhnya Mohd. Khairul Ikhwan, 33, dia menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Hidayu itu sejak empat bulan lalu.
“Sudah lama saya mengenalinya, cuma baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang serius.
![]() |
| IKHWAN DAN HIDAYU. |
“Bagaimanapun, hubungan ini masih dalam peringkat mengenali hati budi. Paling penting, ibu bapa kami maklum mengenai perhubungan ini.
“Tidak seperti perhubungan sebelum ini, saya sendiri tidak sangka akan memilih seorang ibu tunggal. Asalkan saya tidak berhubungan dengan isteri orang, ia bukannya satu masalah.
“Seronoknya, saya turut dapat bermesra dengan anak lelakinya yang mempunyai sama minat dengan saya, iaitu bermain permainan video. Kiranya, kami boleh borak panjanglah,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ikhwan memberitahu, jika ada jodoh dengan Hidayu, dia ingin terus melangsungkan perkahwinan dan enggan melalui ikatan pertunangan ekoran putus beberapa kali.
“Begitupun, sekiranya keluarga mahu kami bertunang, mungkin saya tidak akan mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, bertunang hari ini, esok terus nikah.
“Lagipun pada usia yang semakin meningkat, rasanya sudah-sudahlah nak bertunang lama-lama,” katanya.
Teman wanita Ikhwan juga dilaporkan bekerja di bawah naungan syarikat sama dengan dirinya, Media Prima Berhad. – MYNEWSHUB.CC
Hiburan
Tak hairanlah setiap kali tiba musim raja buah ini, gerai menjual durian bagaikan pesta dengan orang ramai datang menjamahnya tanpa mengira masa.
Kebiasaannya durian dimakan begitu sahaja selepas kulitnya dikopek, jika isinya tidak diasing untuk dijadikan tempoyak atau dicampurkan bahan lain menjadi kuih, kek mahupun durian goreng.
Tetapi kini, durian menerima ‘evolusi’ baharu apabila tidak lagi dimakan mentah tetapi dibakar terlebih dahulu sebelum isinya dinikmati.
Walaupun cara baharu menikmati durian ini sangat ringkas namun baru kebelakangan ini sahaja ianya popular. Itulah sebabnya, ramai tertanya-tanya apakah durian bakar cuma satu ‘prank’?
Ternyata tak main-main, memang inilah cara lain peminat durian menikmati kelazatan buah ini secara berbeza.
Caranya pun mudah sahaja – durian yang dikopek sedikit agar terbuka antara ruas, dipanggang atas api sebelum dibuka dan isinya dinikmati seperti biasa.
Pengguna Facebook Smartdory berkata, selepas dibakar isi durian menjadi lembut, lebih manis dan lazat. Kulit durian juga lebih mudah hendak dibuka.
Smartdory yang turut berkongsikan video durian bakar, menikmati sajian raja buah cara itu di sebuah restoran di Pulau Pinang.
Memandangkan sekarang musim durian dan buah ini mudah ditemui di banyak tempat, apa kata cuba menu baharu durian bakar pula untuk menu berbuka hari ini.
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
RUPA-RUPANYA bukan Syafiqah Aina sahaja wanita bertuah yang dapat naik limosin pada sambutan hari jadi sebaliknya kejutan manis ini sudah terlebih dahulu dirasai seorang gadis bernama Iqa Aziz.
Pada sambutan ulang tahun kelahirannya Disember tahun lalu, Iqa telah berpeluang menaiki limosin hitam yang disewa teman lelaki untuk meraikan hari lahirnya.
Kiranya.. ‘kejutan’ naik limo ini sudah dibuat terlebih dulu oleh teman lelaki si Iqa ni la.
Mungkin Hafiz Mahamad mendapat inspirasi daripada mamat ni kot.
Tapi disebabkan dia mempunyai ramai pengikut di laman Instagram, namanya kini trending di laman-laman sosial kerana bersikap romantis.
Akibatnya ramai gadis mula mengimpikan kekasih mereka turut menjadi se’sweet’ Hafiz Mahamad dalam memberikan kejutan kepada mereka di hari istimewa. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

Senarai yang diumumkan menerusi laman web Top Universities pada hari ini, menyaksikan UM naik dua tangga dari kedudukan terdahulu apabila kini berada di tangga ke-27.
UPM turut mencatat prestasi memberansangkan apabila naik dari kedudukan 66 kepada 49.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula tersenarai di kedudukan 55 manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ke-63.
Dalam pada itu, kedudukan tertinggi dimiliki oleh National University of Singapore (NUS), manakala The University of Hong Kong berada di tangga ke-2, seterusnya Nanyang Technology University, Singaporeberada di kedudukan ke-3.
Senarai dikeluarkan QS World University Rankings pada tahun ini adalah berdasarkan 350 universiti terbaik di rantau Asia, pertambahan 50 universiti berbanding tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa

Perdana Menteri berkata pelancaran itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Proton ke landasan kejayaan bagi menjana lebih banyak keuntungan dan memberi manfaat kepada negara.
Beliau berkata Proton boleh membuktikan bahawa ia merupakan penggiat yang serius dalam industri automotif, dan akan terus memain peranan utama dalam pembangunan bakat, vendor dan usahawan tempatan.
“Saya harap pelancaran Perdana baharu ini akan menjadi titik perubahan untuk Proton, dan akan membawa manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.
“Saya yakin Proton akan terus melakukan inovasi dan membuat penambahbaikan, menghasilkan kereta untuk rakyat Malaysia dan pelanggan di luar negara,” katanya pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Proton tidak berada pada kedudukan seperti yang sepatutnya, kurang penyelidikan yang tepat dan keupayaan pembangunan selain skala pengeluaran yang diperlukan untuk kekal kompetitif.
“Ada masanya ada sifat angkuh – bahawa Proton boleh buat apa sahaja kerana kerajaan akan sentiasa menyokongnya. Dua kilang dibangunkan (Tanjong Malim dan Shah Alam), yang berkeupayaan mengeluarkan 400,000 unit setahun.
“Namun, tahun lepas Proton hanya menjual 102,000 kereta,” katanya dan menambah penguasaan dalam pasaran automotif negara hanya kira-kira 15 peratus berbanding 74 peratus semasa kemuncaknya pada 1993.
Setakat ini kata Najib kerajaan sudah menyalurkan geran hampir RM14 bilion, pelbagai bentuk bantuan dan cukai ke atas Proton sejak ditubuhkan pada 1993.
Pada April, beliau berkata kerajaan meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings, tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pembuat kereta nasional itu.
“Ini bukan penyelamat memandangkan pinjaman itu mempunyai syarat ketat. Namun, keperluan mendesak untuk suntikan tunai menunjukkan hakikat bahawa wujud kelemahan serius dalam struktur Proton,” katanya.
Najib berkata Proton berjaya atas bantuan besar kerajaan dan industri kereta nasional berkembang di bawah perlindungan, kuota ke atas saiz enjin dan rakyat Malaysia membayar duti import yang tinggi ke atas kereta asing.
Menerusi bantuan kerajaan, perdana menteri berkata Proton mesti memenuhi standard ketat pengurusan profesional untuk bergerak ke depan, dan memastikan syarikat itu mempunyai model kestabilan jangka panjang dan segera mengenal pasti rakan strategik asing.
“Pinjaman itu bukan cek kosong. Syarikat mesti membuktikannya, dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Pada dasarnya Proton mesti membangunkan program eksport yang kukuh dan kurang bergantung kepada pembeli Malaysia,” katanya.
Najib berkata kerajaan mahu melihat Proton kembali berjaya dan atas sebab itu syarikat itu dibantu oleh Pasukan Petugas Khas yang baru dibentuk.
Pasukan petugas khas yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala, akan mengenal pasti rakan strategik asing dan memantau proses pemulihan Proton.
“Kita sudah belajar daripada pengalaman lepas Proton – oleh itu Pasukan Patugas tidak akan campur tangan dalam operasi harian syarikat,” katanya.
Najib juga berterima kasih kepada Proton dan pekerjanya atas usaha dan sumbangan mereka dalam sektor automotif.
“Saya yakin syarikat akan terus menambah baik dan melakukan inovasi bagi mengeluarkan kereta terbaik untuk pelanggan Malaysia dan luar negara.
Pelancaran Proton Perdana baharu hari ini wajar menjadi permulaan baharu dalam sejarah syarikat. Proton mesti menjual kereta yang memenuhi keperluan pelanggan,” katanya. – BERNAMA
Isu Semasa

Seorang suami yang berang selepas mengetahui isterinya berlaku curang telah mengikat wanita itu dan kekasihnya di sebatang tiang sebelum memukul mereka dengan kayu dan tali, di khalayak ramai.
Kejadian itu berlaku di satu kawasan yang tidak dinamakan di India dan video mengenai `amukan’ lelaki itu telah dirakamkan serta disebarkan kepada orang ramai.
Isterinya, yang memakai sari, menjerit kesakitan apabila dipukul dan cuba melepaskan diri, namun gagal. Jeritan tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada suaminya, malahan dia terus memukul mereka yang didakwa telah berzina.
Kekasih wanita berkenaan turut menerima nasib yang sama.
Sementara orang ramai yang menyaksikan video terbabit telah memberikan pelbagai pandangan mengenai tindakan lelaki itu.
Bagi yang membantah, mereka menyifatkan perbuatan lelaki terbabit hanya menggalakkan lagi keganasan rumahtangga manakala mereka yang menyokong lelaki itu pula menganggap si suami hanya menjalankan tugas untuk mempertahankan maruah keluarganya.
Video berkenaan telah dikongsi oleh aktivis kemanusiaan, Kundan Srivastava dan beliau melahirkan rasa terkejut kerana ramai yang mempertahankan tindakan lelaki terbabit.
Kundan turut menggesa orang ramai yang mengenali pasangan terbabit supaya berhubung dengannya kerana beliau mahu membuat laporan polis.
“Saya memang menentang sebarang bentuk keganasan, penderaan fizikal dan perbuatan jenayah seperti ini,” katanya.
Global

Pertandingan yang diadakan di Latvia, Sabtu lalu telah memahkotakan Tan Si Mi sebagai wanita berbadan besar paling cantik dan menawan seluruh dunia.
Menggayakan gaun jarang berwarna putih dan kelabu, keyakinan tinggi yang ada pada Tan, antara faktor utama kemenangannya.

Tan dilaporkan sering mencuba produk pelangsingan badan yang terdapat di pasaran ketika berusia 22 tahun, hinggalah dia akhirnya menyedari bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam, serta keyakinan diri dan tingkah laku seseorang itu lebih penting daripada kecantikan fizikal semata-mata. – MYNEWSHUB.CC
Global

Tindakan seorang ibu membiarkan anak-anaknya bermain air pancut dalam keadaan bogel menjadi tumpuan dan mengundang pemandangan yang tidak enak kepada pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Singapura semalam.
Menurut seorang pengikut laman web Stomp (Stomper) iaitu John, kejadian itu berlaku di Bugis Junction pada pukul 8.15 malam.
Jelas John menerusi temubual melalui telefon kepada laman itu, kanak-kanak itu dipercayai berumur dua atau tiga tahun dilihat bermain-main air pancuran sambil diperhatikan oleh ibunya.
Perlakuan si ibu yang membiarkan sahaja anaknya itu mandi dalam keadaan bogel telah menarik perhatian beberapa pengunjung yang lalu-lalang di situ.
Malah tidak kurang juga yang mengambil gambar aksi kanak-kanak tersebut.
Hal itu menyebabkan John turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan selamba ibu kepada kanak-kanak terbabit yang seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku.
“Terdapat begitu ramai orang di sekeliling.
“Bagaimana si ibu hanya membenarkan anaknya untuk berbogel di khalayak ramai seperti itu?” soal John tidak puas hati.
Kebiasaannya, perlakuan seperti ini sering kali didengari dilakukan oleh warga China. Namun siapa sangka ada juga segelintir penduduk Kota Singa yang cuba untuk meniru tindakan seumpama itu. -MYNEWSHUB.CC
Global

Wanita yang gemar tampil berpakaian seksi untuk menggamit perhatian orang ramai di kawasan terbuka pada ‘siang-siang’ hari di Chengdu, China ini adalah pondan yang terlalu yakin dia dipandang jelita oleh orang sekeliling.
Walau bagaimanapun di alam realiti nyata berbeza kerana ramai orang berasa meluat melihatnya.
Seorang netizen meninggalkan komen pada gambarnya, “Aku nak sangat belasah dia kalau jumpa. Menyakitkan mata betul!”
Pandangan itu dikongsi ramai pelayat internet lain di China terutama lelaki yang meluat melihat aksi manja gedik ‘wanita’ berkenaan.
Namun, ada juga netizen yang lebih bertimbang rasa apabila mengatakan ianya adalah hak asasi si polan berkenaan untuk berpakaian seperti mana dimahukan.
“Setiap orang ada hak untuk berpakaian apa sahaja yang dia nak, itulah hak asasi manusia namanya,” bela seorang netizen.
Jom lihat gambar-gambar yang membangkitkan kemarahan netizen tertentu di bawah, dan nilaikan sendiri perasaan anda selepas melihatnya.

Mynewshub
Global

Shenzhen (China): Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk ke tingkat dua sebuah pasar raya di sini. Menurut NetEase, satu daripada plat logam itu terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terpelosok ke dalam jurang berkenaan.
Pekerja penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kakinya. Kerja menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat untuk meluaskan jurang antara langkah eskalator sebelum memotong bahagian yang memerangkap kaki lelaki terbabit. Proses mengerikan itu mengambil masa 40 minit.
Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital tempatan di Daerah Bao’an untuk rawatan kecemasan. Menurut laporan, eskalator itu baru lulus pemeriksaan tahunan enam bulan lalu. Kemalangan membabitkan eskalator di China bermula sejak Jun lalu apabila seorang ibu bersama anaknya menggunakan eskalator di Hubei.
Ketika kejadian, plat logam itu tiba-tiba menelannya, namun wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia sendiri mati ditelan mesin itu. Sementara itu, syarikat pengeluar eskalator berkenaan masih belum didedahkan, tetapi netizen menyalahkan kejadian disebabkan standard yang tidak bermutu. – Agensi/HMetro
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)


















Recent Comments